Selepas Amanah pecat Phahrolrazi, Johari Abdul dipilih Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu

Dari Penulis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun daripada PKR Datuk Johari Abdul dipilih menjadi Ketua Pembangkang DUN Kedah yang baharu selepas kesemua ADUN Pakatan Harapan (PH) negeri ini sebulat suara memilih beliau mengisi jawatan itu.

Johari berkata keputusan itu dibuat ketika sesi rehat Persidangan DUN Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini, apabila pelantikan beliau mendapat sokongan kesemua 10 ADUN PH Kedah selepas mereka mengadakan mesyuarat hari ini.

“Alhamdulillah, semua rakan dalam PH sebulat suara memberi peluang kepada saya sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah bagi menggantikan Datuk Phahrolrazi.

Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik untuk memastikan perjalanan dewan seperti diharapkan…kita akan jadi pembangkang yang konstruktif dan terbaik untuk negeri kita,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Bekas Pengerusi Amanah Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah sebelum ini, dipecat keahliannya semalam kerana didapati melanggar perlembagaan dan mengingkari keputusan parti serta melakukan perbuatan bertentangan dengan kepentingan parti.

BERITA BERKAITAN Pengerusi Amanah Kedah dipecat berkuat kuasa serta-merta

Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dalam satu kenyataan memaklumkan pemecatan itu dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2 (b) Jawatankuasa Pengurusan Nasional parti yang bermesyuarat semalam.

Sementara itu, Johari mengucapkan terima kasih atas sumbangan Phahrolrazi sepanjang tempoh ADUN Alor Mengkudu itu menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang  DUN Kedah sebelum ini.

“Beliau (Phahrolrazi) telah memberikan pandangan dan idea bernas dalam dewan ini, lantas pihak pembangkang Kedah akan menyambung hasrat beliau dalam usaha memastikan peranan itu terus dimainkan sebaik mungkin,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This