Ahmad Faizal bersedia berdepan Anwar di Parlimen Tambun

Dari Penulis

PENYANDANG kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak melihat lawannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘orang kuat’.

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan, Presiden PKR berkenaan sebagai orang biasa seperti mana calon-calon lain yang masuk bertanding.

“Pada anda mungkin dia (Anwar) orang kuat, tapi pada saya dia orang biasa,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dalam PRU-15.

Pada PRU-14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi.

Baca artikel lain: Mengapa Anwar membisu dana RM400 juta Bumiputera dipotong – Ahmad Faizal

Sementara itu, mengulas papan iklan tertera gambar Ahmad Faizal dengan tulisan ‘Never Lost in Tambun’, beliau menjelaskan ianya dipasang oleh rakannya.

Papan iklan itu dipasang pada jejambat Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Jalan Tambun, sekali gus menghangatkan suasana kempen bagi kerusi Parlimen Tambun, khususnya menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.

“Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang tolong menaikkan papan iklan itu. Ini (dilakukan) oleh rakan-rakan yang pandai juga bergurau.

“Saya yakin maksud di situ ialah saya tidak sesat di Tambun kerana saya dibesarkan di sana. Mungkin orang lain datang, hati-hati kerana ada banyak jalan kampung yang banyak belok, jadi mungkin boleh sesat.

“Tapi kalau sesat cari saya,” katanya yang yakin sudah menjalankan khidmat sebaik mungkin sepanjang lima tahun bergelar Ahli Parlimen Tambun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This