CALON bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin terharu dengan sambutan menggalakkan yang diberikan kepadanya ketika hadir di kawasan tersebut dalam satu majlis berjumpa dengan ahli dan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Kota Damansara, malam ini.
Beliau mengakui sudah lama tidak gemuruh dan berasakan seolah-olah kali pertama bertanding pilihan raya, berikutan rekod kemenangannya selama tiga penggal hanya di satu kawasan iaitu di Rembau, Negeri Sembilan.
Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, perasaan itu beransur hilang sebaik melihat sambutan sangat menggalakkan ketika hadir di Majlis Bersama KJ di Parlimen Sungai Buloh (P107) di Pejabat UMNO Bahagian Sungai Buloh.
Memetik laporan BH Online, beliau berkata, sambutan dan sokongan padu, khususnya masyarakat setempat dan dalam kalangan jentera BN serta Friends of BN Sungai Buloh terhadap kehadirannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di sini, walaupun beliau adalah ‘calon luar’.
“Sambutan BN Sungai Buloh sangat baik, sangat mantap dan saya sangat terharu dengan sokongan yang diberikan. Walaupun saya calon daripada kawasan lain sebelum ini, saya diterima dengan seadanya daripada pimpinan tempatan.

BERITA BERKAITAN Khairy berjanji lakukan yang terbaik di Sungai Buloh, seperti diramal Tengku Zafrul calon Kuala Selangor
Majlis pada malam ini penting sebab sebelum kita memulakan kempen, berjumpa pengundi atas pagar, pengundi yang tidak berparti, penting untuk kita selesaikan persiapan jentera dulu. Kalau jentera kuat, mudah sikit tugas kita dan calon di Sungai Buloh.
“Kita tidak mahu jadi seperti tempat lain, sebelum bermula sudah ada pelbagai masalah (boikot, tutup) pusat daerah mengundi,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis tersebut.
Khairy berkata, selepas diumumkan sebagai calon BN kawasan Sungai Buloh oleh pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, ini majlis pertama beliau bersama jentera BN dan paling utama adalah penghargaan terima kasih daripada seluruh pimpinan BN, terutama kepada MIC.
“Ini kerana sebelum ini kerusi ini tiga kali ditandingi parti komponen MIC dan terima kasih ini khususnya kepada mereka terutama Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran. Malah malam ini jelas tiada boikot daripada MIC, dan kehadiran semua memberi keyakinan kepada kita jentera bersatu padu dan jentera akan berusaha dengan gigih supaya dapat meyakinkan pengundi Sungai Buloh,” katanya.
Ditanya mengenai majoriti lebih 20,000 pada PRU14 yang dimenangi Pakatan Harapan, Khairy mengakui ia bukan perkara mudah dan BN berstatus ‘underdog’ untuk merebut kawasan yang dianggap hitam.
“Insya-Allah minggu depan, saya akan melancarkan manifesto Kata Janji di Sungai Buloh, manifesto ini bukan janjikan bulan bintang tetapi manifesto yang khusus bagi setiap lokaliti, Pusat Daerah Mengundi (PDM) kerana ada perkara yang saya akan beri komitmen.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

