Jentera PN diingat amal budaya politik matang semasa kempen

Dari Penulis

TIMBALAN Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa agar jentera parti sentiasa mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, ia perlu dilakukan sepanjang berurusan dengan semua pihak, sama ada kawan mahupun lawan.

“Saya menyeru kepada semua jentera parti agar sentiasa mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera sepanjang berurusan dengan semua pihak, sama ada kawan mahupun lawan.

“Mudah-mudahan, Allah SWT menurunkan pertolongan-Nya melalui kemenangan kepada Perikatan Nasional untuk semua kerusi yang ditandingi kali ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam ini.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, untuk kerusi Parlimen Marang, akan ada pertandingan sebanyak empat penjuru.

Mereka membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman, calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Azhar Ab Shukur dan calon Pejuang, Zarawi Sulong.

“Alhamdulillah, selesai proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Parlimen Marang pagi tadi. InsyaAllah, di Parlimen Marang, akan ada pertandingan sebanyak empat penjuru,” katanya.

Pada PRU-14, Abdul Hadi memperoleh majoriti 21,954 undi menewaskan Mohamad Nor Endot (BN) yang memperoleh 31,795 undi dan Zarawi yang memperoleh 5,138 undi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This