POLIS mengesahkan telah menerima tiga laporan kejadian ragut di kawasan Bentong pada semalam dan hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati suspek merupakan dua lelaki yang menunggang motosikal dengan berpakaian jaket hitam serta berseluar jeans biru.
Beliau berkata, suspek telah meragut dan melarikan barang kemas, seutas rantai leher dan jumlah kerugian bernilai sehingga RM14,000.
“Suspek dipercayai berusia 20 hingga 30-an.
“Dua kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan manakala satu lagi di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel ; Polis buru suspek ragut rantai leher di Setapak Jaya
Jelasnya, polis memandang serius kes ini dan mewujudkan pasukan khas sebagai usaha menjejak suspek yang terlibat.
Sehubungan itu, Zaiham menggesa orang ramai untuk lebih berwaspada dan berhati-hati.
“Sekiranya terkesan individu yang mencurigakan, diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Daerah Benotng di talian 09-2222222,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

