Tujuh lelaki ditahan selepas terbabit dalam insiden serangan bersenjata di sebuah kedai Kopi Dokter, di Jalan Pengayoman, Kota Makassar, Sulawesi Selatam awal pagi semalam.

TUJUH lelaki ditahan selepas terbabit dalam insiden serangan bersenjata di sebuah kedai Kopi Dokter, di Jalan Pengayoman, Kota Makassar, Sulawesi Selatam awal pagi semalam.

Kejadian terbabit berlaku sewaktu beberapa anggota polis yang berpakaian biasa sedang melepak sambil menghirup secangkir kopi di lokasi kejadian.

Memetik laporan Sulsel.inews, suspek telah diserang terlebih dahulu oleh beberapa lelaki yang bertindak melemparkan satu objek.

Unit Detektif dan Jenayah Asisten Komisioner Reonald Simanjuntak berkata, suspek kemudian bertindak menyerang kembali perbuatan tersebut dengan menggunakan busur, lastik dan parang.

Baca artikel berkaitan : Sekumpulan pemuda berparang ‘salah tempat’ buat onar di kedai kopi dipenuhi polis

Katanya, polis berjaya membuat tangkapan awal seramai tiga orang dan disusuli empat lagi ditahan selepas siasatan dijalankan.

“Turut dirampas beberapa bahan bukti seperti lastik dan busur manakala parang yang digunakan masih dalam pencarian.

“Seorang suspek lagi masih bebas dan polis kini giat mengesannya,” ujarnya.

Jelasnya, polis kini masih menyiasat motif serangan kejadian tersebut.

Sementara itu, salah seorang suspek Vikram, 20, berkata, dia melakukan serangan selepas dibaling dengan batu ketika berada di lokasi.

“Terdapat lebih 10 orang yang menyerang kami dahulu ketika melalui jalan tersebut,” ujarnya ringkas.

Sehingga kini, tujuh suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Makassar bagi siasatan lanjut.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan tular satu rakaman video memaparkan aksi beberapa anggota polis mengeluarkan pistol selepas sekumpulan individu bersenjata cuba buat onar di sebuah kedai kopi.

Polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan amaran sebelum semua pemuda terlibat melarikan diri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram