Bomba gagalkan cubaan lelaki bunuh diri

Dari Penulis

SEORANG lelaki cuba membunuh diri di kediamannya dekat Taman Lembah Maju Ampang, berjaya diselamatkan pihak bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 1.17 petang.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba empat minit kemudian dan mendapati mangsa seorang lelaki India berusia 28 tahun berada di atas bumbung rumah teres dua tingkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Tertekan keluarga asyik minta duit, pembantu rumah cuba bunuh diri

Jelasnya, pihak bomba telah membuat tindakan memujuk dan menenangkan sebelum mangsa berjaya diselamatkan.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada pukul 2.19 petang,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This