GARA-gara dipercayai mengalami tekanan perasaan, seorang pembantu rumah warga asing cuba bunuh diri dengan menggunakan sebilah pisau malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah dekat Taman Tun Abdul Razak, Ampang.
Katanya, polis menerima laporan kecemasan daripada seorang pesara warga emas berusia 68 tahun pada pukul 10.30 malam.
Jelasnya, pembantu rumah wanita yang berusia 28 tahun itu telah nekad cuba membunuh diri kerana mengalami tekanan.
“Punca kejadian dipercayai kerana keluarga suspek sering meminta duit daripadanya,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca artikel berkaitan : 16 pekerja seks warga asing ditahan di ibu kota
Beliau berkata, pembantu rumah tersebut telah ditangkap di tempat kejadian dan ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.
“Polis turut merampas sebuah pisau yang digunakan dan suspek tidak mengalami sebarang kecederaan”.
Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

