Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangannya dengan keadaan hujan lebat di beberapa negeri yang mungkin mengakibatkan bencana banjir.

Dalam hantaran di Facebook, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) turut berharap agensi-agensi kerajaan sentiasa bersiap-siaga menghadapi situasi banjir dan membantu mangsa.

Pada masa sama, beliau turut menyeru jentera parti-parti politik dan badan-badan sukarela bekerjasama memastikan keselamatan rakyat.

Muhyiddin juga telah mengerahkan jentera PN untuk mengutamakan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Saya amat bimbang dengan keadaan hujan yang lebat di beberapa kawasan dan paras air yang semakin menaik di sungai-sungai utama di Pahang, Perlis, Sarawak, Selangor dan juga beberapa kawasan di Johor, seperti yang telah diramalkan sebelum ini.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan perlu bertindak pantas selesai isu LRT – Muhyiddin

“Saya juga menyeru jentera parti-parti politik dan badan-badan sukarela untuk bekerjasama, tolong membantu memastikan rakyat selamat. Ketepikan soal politik, apa yang penting nyawa rakyat selamat.

“Saya mengerahkan jentera Perikatan Nasional, utamakan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Semoga usaha kita semua diberkati. Saya mendoakan agar penduduk di kawasan-kawasan yang dilanda banjir terselamat dan kita semua dilindungi dari musibah banjir ini, insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Antara negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor; Pulau Pinang; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir yang dijangka berlaku melebihi sejam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram