ULAMA terkenal Kedah, Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau Pak Su Mid, Kuala Nerang meninggal dunia, petang tadi, dipercayai akibat sakit tua.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menerusi hantaran Facebook milik beliau berkongsi berita kematian ulama berusia 96 tahun itu, kira-kira jam 7.15 malam ini.

“Telah menghadap Pencipta “Permata Bumi Kedah” sebentar tadi.

“Semoga rohnya dihimpunkan bersama para anbiya dan orang soleh. al-Fatihah,” katanya.

BERITA BERKAITAN Selesai isu rakyat sebelum laksana PRU – Dewan Ulamak Pas

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, berkata Pak Su Mid meninggal dunia kira-kira jam 6 petang tadi di sebuah hospital swasta di Alor Setar.

“Saya difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua selepas beberapa lama dikhabarkan tidak sihat.

“Jenazah sudah dibawa pulang ke rumahnya di Kuala Pai, Bukit Tembaga, Kuala Nerang dan dijangka dikebumikan pagi esok, ” katanya memetik laporan Berita Harian, malam ini.

Pak Su Mid dilahirkan pada 1926 terkenal dengan kata-kata hikmahnya dan penuh kiasan dalam memberi nasihat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram