MASYARAKAT Orang Asli di daerah Bera teruja dan menyambut baik kehadiran calon bagi kerusi P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam program ramah mesra yang diadakan hari ini.
Bermula selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Triang, Ismail Sabri memulakan program ramah mesra bersama penduduk di kampung-kampung Orang Asli dalam daerah Bera hari ini.
Antara kampung yang dilawati Ismail Sabri adalah Kampung Bongkok, Kampung Chuat dan Kampung Bukit Gemuruh.
Dalam pertemuan bersama masyarakat Orang Asli, Ismail Sabri turut menyentuh tentang peluang yang diberikan kepada masyarakat tersebut dalam pentadbiran negara.

Antaranya, jelas beliau, apabila ada ahli Parlimen dan Senator dilantik daripada kalangan masyarakat Orang Asli.
“Dalam Parlimen sebagai contoh, kita ada Datuk Ramli Mohd Nor yang berkhidmat di Cameron Highland.
“Dalam Dewan Negara pun ada. Waktu saya menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pertama kali dalam sejarah, saya melantik Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dari kalangan masyarkat Orang Asli,” katanya.

Baca lagi: PRU-15: Anwar dakwa tentera undi awal di Bera, dapat RM300
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mendengar permasalahan yang diutarakan penduduk ketika program ramah mesra tersebut dilakukan.
Antara permasalahan yang diutarakan adalah pemilikan tanah, masalah pengangkutan dan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

