KENYATAAN kontroversi pelakon, Zul Huzaimy ketika memberi ceramah di Terengganu tidak mewakili Pas mahupun Perikatan Nasional (PN).
Itu penegasan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan tidak sentitif Zul kelmarin.
Muhammad Sanusi berkata, Zul bukan anggota Pas dan beliau malah tidak mengenali pelakon tersebut.
“Siapa Zul Huzaimy? Saya tidak mengetahui tentang perkara ini (kenyataan kontroversi Zul) dan tidak dimaklumkan apa-apa.
“Mungkin ada individu yang cuba sabotaj kempen Pas. Jika benar kenyataan itu dikeluarkan, ia salah.
“Kenyataan itu amat sentitif dan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut boleh ditangkap,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir dalam Ceramah Jelajah PN Best di Perak malam tadi.
Turut hadir Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan pemimpin-pemimpin PN.
Baca lagi: GTA tidak bekerjasama dengan BN, PN, PH selepas PRU-15 – Tun M
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, dakwaan Pas sebagai parti yang menekan kaum bukan Melayu dan Islam adalah tidak benar.
Tegas beliau, perkara itu dapat dibuktikan dengan pemerintahan kerajaan Pas di Kedah, Terengganu dan Kelantan.
“Pas dah perintah Kelantan selama 32 tahun, semua hidup dengan aman damai tanpa ada seorang pun dipaksa bersunat.
“Kita dah buktikan. Kalau pelakon, jangan relate (kaitkan) dengan Pas.
“Saya bercakap dalam bidang saya. Dalam Pas tidak boleh secara sesuka hati mengeluarkan kenyataan.
“Terima kasih (kepada wartawan) kerana memberitahu saya. Saya pun tidak tahu mengenai perkara ini,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video ceramah Zul Huzaimy yang mengeluarkan kenyataan tidak sentitif menyentuh isu perkauman.
Zul di dalam video tersebut dilihat memakai baju Pas dan berucap di pentas Pas dipercayai dalam kempen di Terengganu kelmarin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

