PAS melahirkan rasa bimbang mengenai kemungkinan peratusan keluar mengundi rendah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya berlaku hujan awal pagi pada hari pengundian Sabtu ini, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Justeru beliau berharap semua pengundi dapat keluar mengundi lebih awal memandangkan beberapa negeri diramal mengalami ribut petir pada sebelah petang pada hari berkenaan.
“Kita minta pengundi supaya keluar mengundi awal, jangan tunggu sampai petang kerana keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. Saya harap sasaran 70 peratus keluar mengundi seluruh negara dapat dicapai,” katanya selepas menghadiri Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional di Dataran Kemahkotaan, malam tadi.
Bernama hari ini melaporkan beberapa negeri diramal hujan bermula awal pagi Sabtu, iaitu hari pengundian PRU15 dengan ribut petir dijangka berlaku di seluruh negara pada sebelah petang.
Baca artikel lain: Dakwaan lulus projek selepas Parlimen bubar, Tuan Ibrahim saman Rafizi
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Lim Ze Hui berkata antara negeri yang akan mengalami hujan pada awal pagi termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ke barat Johor.
Sementara Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari berkenaan namun MetMalaysia tidak menjangkakan berlaku taburan hujan luar biasa bagi kedua-dua negeri berkenaan.
Bagi negeri-negeri di sebelah utara, cuaca dijangka baik di sebelah pagi.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

