PENGGUNDIAN di 11 pusat mengundi bagi Parlimen Baram dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) digantung berikutan cuaca buruk yang melanda kawasan tersebut hari ini, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca kurang baik itu juga menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

Pusat Mengundi yang terlibat itu adalah di Sekolah Kebangsaan Long Naah, Sekolah Kebangsaan Long Luteng, RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg Lepo Gah, Sekolah Kebangsaan Long Sait, Sekolah Kebangsaan Long Tungan, Sekolah Kebangsaan Long Moh dan Sekolah Kebangsaan Long Mekabar.

Pusat lain adalah di Sekolah Kebangsaan Jong Jekitan, Sekolah Kebangsaan Long Lamei, Sekolah Kebangsaan Lio Mato dan Sekolah Kebangsaan Long Banga.

“Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan tempat mengundi (saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat pengundi bagi menjalankan pengundian,” kata Abdul Ghani.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram