PRU-15: 65% keluar mengundi sehingga 3 petang – SPR

Dari Penulis

SEBANYAK 65 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) setakat pukul 3 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian PRU-15 bermula secara rasmi pada pukul 7.30 pagi tadi di Sabah, Sarawak dan Labuan, manakala di Semenanjung Malaysia pula pukul 8 pagi.

Turut diadakan serentak kali ini ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, yang tertangguh berikutan proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU-15 mengandungi 21,173,638 pemilih terdiri daripada 20,853,681 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan, dan 2,741 pengundi tidak hadir luar negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This