[RASMI] PRU-15: Maszlee tersungkur, Hasni rampas Simpang Renggam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hasni Mohammad merampas kerusi Parlimen Simpang Renggam mengatasi tiga lagi calon lain.

Bekas Menteri Besar Johor itu menewaskan penyandang kerusi Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dengan majoriti tipis 1,821 undi. 

Hasni yang kembali bertanding di kerusi Parlimen memperoleh 18,312 undi manakala Maszlee mendapat  16,491 undi.

Baca artikel berkaitan: PRU-15: PAS mendahului di semua 8 Parlimen di Terengganu

Calon Perikatan Nasional (PN), Fazrul Kamat hanya mendapat 9,077 manakala Kamal Kusmin yang mewakili Pejuang dengan 251 undi. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Maszlee yang ketika itu mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat 18,157 undi, menang dengan majoriti 3,475 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Liang Teck Meng yang mendapat 14,682 undi dan calon Pas, Mohd Jubri Selamat (2,983).

Terdahulu, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, Hasni menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N53 Benut dengan majoriti 5,859 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This