Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Abd Razak Aid

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan tidak bersetuju dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) yang sedang diusahakan kepimpinan parti itu dan sedia dipecat atas pendiriannya itu.

Menurut sumber, Ismail Sabri mendedahkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp yang dianggotai oleh Ketua-Ketua Bahagian UMNO.

“Saya sedia dipecat. Tidak akan bersama PH,” tulis Perdana Menteri dalam satu kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian UMNO yang turut dilihat oleh wartawan Suara.TV.

Sebelum ini, Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga bertegas dengan pendiriannya menolak kerjasama BN bersama PH.

Ahli Parlimen Sembrong itu juga bersedia sekiranya dipecat parti kerana menyatakan pendiriannya.

Beberapa pemimpin UMNO pagi ini mengadakan pertemuan bersama pimpinan tertinggi PH di Hotel Seri Pacific, bagaimanapun tiada keputusan dicapai dengan alasan perlu mendapatkan persetujuan daripada Dewan Tertinggi gabungan itu terlebih dahulu.

BERITA BERKAITAN Tiada rundingan rasmi bersama PH – Ismail Sabri

Difahamkan pertemuan kedua-dua parti itu dibuat bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Zahid mendakwa, seramai 26 Ahli Parlimen BN yang hadir dalam pertemuan hari ini menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.

Bagaimanapun, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menyatakan beliau tidak tahu menahu bahawa pertemuan Ahli Parlimen BN hari ini akan disertai oleh pemimpin Pakatan Harapan dan terkilan dengan keadaan tersebut.

Ketika ini, kerajaan negeri di Perak dibentuk hasil daripada gabungan BN dan PH.

Perkara sama juga difahamkan akan berlaku di Pahang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram