Kerajaan caretaker kekal, bentang bajet mini emolumen penjawat awam – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN caretaker akan kekal dan berfungsi seperti biasa selagi tiada kerajaan baharu dibentuk dengan bajet mini akan dibentangkan dalam masa terdekat berkaitan emolumen penjawat awam untuk tahun hadapan.

Perdana Menteri Caretaker, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat tidak perlu keliru seolah-olah tiada kerajaan kerana kerajaan caretaker masih berfungsi seperti biasa.

Jelasnya, bajet mini itu tidak memerlukan proses yang panjang kerana ia khusus untuk emolumen penjawat awam yang mesti dibentangkan sebelum penghujung Disember ini.

Justeru, Ismail Sabri memaklumkan, penjawat awam tidak perlu bimbang berhubung gaji mereka untuk bulan Januari.

“Parlimen kita akan bersidang dan Rang Undang-Undang untuk membentangkan bajet mini khusus untuk emolumen penjawat awam.

Baca artikel berkaitan: BN setuju jadi pembangkang – Ismail Sabri

“Ini kerana gaji untuk bulan Januari perlu dibayar kepada penjawat awam jadi pembentangan mesti dibuat sebelum 31 Disember.

“Sidang Parlimen Khas itu sangat mudah, tak perlu berbahas pun, kita bentang dan lulus sebulat suara kerana ia tak libatkan projek pembangunan hanya libatkan emolumen kakitangan kerajaan,” katanya dalam video rakaman temu bual dengan Ismail Sabri hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Kabinet yang lalu juga akan terus berfungsi dan meneruskan tugas sebagai caretaker.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi melibatkan menteri yang tidak bertanding atau kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diteliti.

“Mereka tak berada dalam Dewan Rakyat, kita sedang lihat.

“Mungkin tak boleh menjawat jawatan seperti dulu kerana bukan ahli Parlimen lagi tapi setakat ini kerajaan masih boleh berfungsi seperti biasa,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This