PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu memikirkan masa depan parti dan mendengar desakan supaya beliau berundur.
Pandangan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut berpandangan Ahmad Zahid tidak sewajarnya menutup telinga kepada desakan terutama daripada pimpinan Ketua Bahagian dan Pemuda UMNO.
Ismail Sabri turut berharap Presiden membuat pertimbangan sewajarnya demi kebaikan parti itu.
“Jangan tutup telinga tak mahu mendengar langsung pandangan daripada semua, mungkin untuk kebaikan parti, Presiden mesti memikirkan masa depan parti.
“Sama ada kekal kerana beliau menang dalam pemilihan dan tak boleh dipecat begitu sahaja. Presiden kalau mahu dipecat mesti dua pertiga ahli panggil mesyuarat agung luar biasa untuk pecat presiden.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan caretaker kekal, bentang bajet mini emolumen penjawat awam – Ismail Sabri
“Tapi presiden juga boleh menarik diri atau berhenti. Itu kuasa yang diberikan Perlembagaan (parti). Presiden perlu memikirkan demi masa depan parti dan jangan menutup telinga (desakan) Ketua Bahagian UMNO, pemuda. Setiap hari kita dengar macam-macam desakan,” katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal dengan pendirian menjadi pembangkang dan tidak menyokong mana-mana pihak setakat ini.
Beliau juga tidak memberi jaminan sekiranya ada mana-mana kerajaan yang dibentuk kelak akan menjemput menyertai kerajaan.
“Rakyat tak mahu kita jadi kerajaan. Kalau tidak kita dah menang pilihan raya. Bagi saya, keputusannya sangat buruk di mana hanya 26 calon UMNO menang dan empat lagi daripada parti komponen.
“Kehendak rakyat jelas, mereka tak mahu kita. Mereka mungkin mahu Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN). Kita hormati keputusan rakyat sebab itu sebaiknya kita kekal sebagai pembangkang,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

