BN sokong Anwar? Agong cuba ditipu sekali lagi? – Annuar Musa

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KETUA UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan, apakah betul Yang di-Pertuan Agong akan ditipu sekali lagi.

Beliau berkata demikian berdasarkan perkara-perkara terdapat di dalam surat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, berdasarkan perkara tersebut, 30 Ahli Parlimen BN bersetuju untuk menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sedangkan, tegas beliau, semua pihak dimaklumkan bahawa BN mengambil pendirian untuk tidak menyokong mana-mana calon.

“Lihat perkara 4. Pengerusi BN mendakwa dan menyembah maklum kepada DYMM SPB YDP Agong bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat BN pada 22 November dan mesyuarat memutuskan semua 30 Ahli Parlimen bersetuju menyokong Anwar sebagai PM.

“Kita sebaliknya dimaklumkan BN memutuskan tidak menyokong mana-mana calon, siapakah yang berbohong di sini?,” soalnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Agong titah BN sertai kerajaan perpaduan, kata Ahmad Zahid

Annuar berkata, rakyat menuntut penjelasan pemimpin-pemimpin yang terlibat, khasnya ahli mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Malah beliau menuntut laporan polis dibuat sekiranya surat ini merupakan satu percubaan untuk menipu Yang di-Pertuan Agong.

“Jika surat kepada SPB YDP Agong merupakan satu percubaan menipu YDP Agong ianya satu kesalahan yang amat berat yang sekali lagi dibuat oleh orang yang sama seperti dilakukan pada bulan oktober 2020.

“Laporan polis patut dibuat agar penyiasatan dibuat atas perbuatan durjana ini terhadap YDP Agong.

“Rakyat dan ahli UMNO dan BN akar umbi juga harus bangkit memperbetulkan kedurjanaan ini jika benar ia telah dilakukan,” tegasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCMC arah telco tingkat liputan di Kampung Tinagat selepas aduan penduduk

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengambil tindakan segera bagi meningkatkan kualiti liputan komunikasi...

More Articles Like This