PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Mohd Shukri Ramli secara sah telah dilantik sebagai Menteri Bear Perlis yang baharu semalam.
Mohd Shukri yang mesra dipanggil sebagai Cikgu Shukri oleh rakyat Perlis selesai mengangkat sumpah jawatan yang berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di Balai Menghadap Istana Arau.
Turut berangkat ke majlis berkenaan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Mohd Shukri yang berusia 61 tahun, merupakan Pesuruhjaya Pas menggantikan Datuk Seri Azlan Man yang tewas dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Baca lagi: Onn Hafiz mulakan tugas sebagai Menteri Besar Johor
Kemenangan Mohd Shukri di DUN Sanglang membuatkanya menjadi pilihan utama Perikatan Nasional (PN) yang berjaya menang besar di Perlis, 14 kerusi daripada 15 kerusi DUN secara keseluruhan.
Kemenangan yang dicapai itu juga merupakan satu lembaran sejarah baharu dalam pentadbiran negeri Perlis apabila berjaya menumpaskan BN yang menjadi kerajaan sejak 60 tahun lalu.
Untuk rekod, Mohd Shukri menang di DUN Sanglang dalam pertembungan empat penjuru dengan BN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan majoriti 3,335 undi.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai seorang pendidik sejak tahun 1985 sehingga tahun 2013 sebelum menjadi ADUN di Sanglang sejak penggal PRU13.
Di dalam penglibatan sosial, Pengerusi PN Perlis itu juga merupakan Penaung Pertubuhan Kebajikan Komuniti Arau (PEKA) dan Penaung Sanglang Care.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

