PELAKON Puteri Balqis memohon maaf kerana terpaksa menolak banyak reviu produkk kerana kebanyakkan tawaran yang diberikan tidak bersesuaian dengannya.
Ujar Balqis, dia yang ketika ini sedang mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur atas nasihat doktor, tidak boleh mencuba sebarangan produk kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatannya.
“Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambil sekarang dosnya agak tinggi dan kuat. Pengurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum bersetuju.
“Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.
Dalam entri sama, Balqis turut menyenaraikan produk yang terpaksa ditolak antaranya produk pemutih, jamu, krim payudara dan punggung serta produk makanan kesihatan.
“Aqish rasa produk untuk memutihkan ini tidak sesuai sebab saya kurang pengetahuan tentang produk sebegini dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.
“Ada juga minta saya promosi jamu dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.
“Macam produk makanan pula, ada yang saya cuba pertimbangkan tetapi tinggalkan kesan negatif pada badan Aqish sampai muntah dan demam,” tulisnya.
PELAKON Puteri Balqis memohon maaf kerana terpaksa menolak banyak reviu produkk kerana kebanyakkan tawaran yang diberikan tidak bersesuaian dengannya.
Ujar Balqis, dia yang ketika ini sedang mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur atas nasihat doktor, tidak boleh mencuba sebarangan produk kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatannya.
“Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambil sekarang dosnya agak tinggi dan kuat. Pengurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum bersetuju.
“Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.
Dalam entri sama, Balqis turut menyenaraikan produk yang terpaksa ditolak antaranya produk pemutih, jamu, krim payudara dan punggung serta produk makanan kesihatan.
““Aqish rasa produk untuk memutihkan ini tidak sesuai sebab saya kurang pengetahuan tentang produk sebegini dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.