
YANG Amat Berhormat Perdana Menteri berulang kali menyebut fokus utama kerajaan dan kabinet ialah pemacuan ekonomi dan menangani kos sara hidup.
Saya memperincikan perihal Kos Sara Hidup. Bagi memastikan cabaran Kos Sara Hidup ditangani dengan komited, berkesan dan dirasai manfaatnya, saya cadangkan elemen institusi tindakan yang berikut:
Baca artikel berkaitan: Dua cabaran ekonomi perlu ditangani Perdana Menteri dan Kabinet
- Pengumuman fokus ini MESTI disusuli dengan tindakan yang berkesan berdasarkan kerangka yang jelas, matlamat yang ingin dicapai, strategi tindakan, tanggungjawab pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan pencapaian.
- Bagi mengukuhkan komitment dan akauntabiliti pelaksanaan yang berkesan oleh kerajaan, UMUMKAN kerangka tindakan kepada semua. Perincikan sasaran keberhasilan yang boleh diukur, dilapor dan difahami semua.
- Isu Kos Sara Hidup merentasi pelbagai pelbagai potfolio kementerian. Bentuk PASUKAN TINDAKAN KHAS untuk mengukuhkan koordinasi antara kementerian/agensi, merangkumi aspek-aspek utama yang perlu ditangani, tidak sekadar menjadi urusetia mesyuarat.
- KONGSI maklumat terkini secara terbuka. Wujudkan portal bagi perkongsian maklumat terkini dan bangunkan ‘dashboard’ digital terbuka dan boleh dicapai oleh semua.
- Wujudkan PANEL bebas yang dianggotai oleh individu yang dihormati kewibawaan mereka untuk menilai kemajuan secara terperinci dan memberi pandangan dan cadangan tindakan.
- Semua Majlis berkaitan ehwal ekonomi disusun semula. Cadangan saya ialah memusatkan semua ehwal ekonomi yang strategik di bawah Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Majlis Tindakan Ekonomi mesti diperkasakan sebagai Majlis induk bagi membincang dan memantau pelaksanaan dan pencapaian ehwal ekonomi yang berkaitan.
Kita perlu berganjak dari pengumuman retorik kepada pengumuman yang disusuli oleh tindakan yang berkesan. Terlalu banyak isu ekonomi dan struktur yang kita ketahui dan hadapi sekian lama. Pelaksanaan yang berkesan ialah pertaruhan kita.
MINDA UKM-bersama memajukan negara.
PENULIS adalah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif (MINDA-UKM). Beliau kini merupakan Sarjana Fulbright di Kennedy School, Harvard University, Amerika Syarikat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

