Muhyiddin perlu contohi DAP, bukan ‘merengek’, ‘meroyan’ – Ahmad Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TAN Sri Muhyiddin Yassin perlu berasa malu apabila ‘merengek’ dan ‘meroyan’ hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Muhyiddin dan sekutunya juga perlu mencontohi DAP yang lebih mementingan kepentingan negara daripada parti serta individu.

Malah, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, DAP juga mahu bergerak ke hadapan demi menjayakan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Ahmad Zahid, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu perlu belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya ‘merengek’ serta ‘meroyan’ tidak dapat terima hakikat gagal menjadi Perdana Menteri dan gagal membentuk kerajaan.

Katanya, Muhyiddin perlu menghormati segala pelantikan itu dan tindakan ahli Parlimen Pagoh yang cuba mempertikaikan segala pelantikan itu adalah gambaran wajah sebenar yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.

“Belajarlah juga menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Kerajaan ini bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetapi Kerajaan Perpaduan hasil daripada gabungan parti terbesar dan parti-parti kecil lain yang memenangi pilihan raya untuk membina negara dan mentadbir lebih baik daripada kerajaan-kerajaan terdahulu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: ‘Tanpa Azizah, tidak mungkin saya mampu galas amanah’, Anwar ucap selamat hari lahir

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Muhyiddin seolah-olah ‘meroyan’ apabila gagal dilantik sebagai Perdana Menteri dan menuduh pembentukan kerajaan serta Kabinet atas penipuan terhadap mandat rakyat.

Jelasnya, Muhyiddin telah terlupa kuasa pelantikan Perdana Menteri ialah atas kuasa Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Zahid berkata, pelantikan itu juga diperkenan Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu.

Beliau memaklumkan, pelantikan Kabinet juga selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Kritikan Muhyiddin bahawa tindakan Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan tidak melihat keperluan semasa yang memerlukan Anwar yang dikenali berprestasi tinggi pernah menguruskan kewangan ekonomi Malaysia.

“Anwar juga pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine dan Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh Asia Money Magazine.

“Sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ahmad Samsuri pula sah hadir ke Konvensyen RESET

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan kehadirannya ke Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This