Tambang feri penduduk Pulau Tioman RM20 sehala mulai Januari

Dari Penulis

KERAJAAN Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengurangan 60 peratus itu bakal ditanggung kerajaan negeri membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM500,000 dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,600 penduduk pulau itu.

“Apabila mereka (penduduk Pulau Tioman) berjumpa saya, ramai yang mengatakan tambang ke tanah besar mahal, jadi saya tanya berapa (jumlah tambang) yang mereka mampu dan rata-rata mengatakan RM20,” katanya sambil menambah perkara itu telah dibincangkan bersama Pegawai Kewangan Negeri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program santai petang bersama penduduk Kampung Jawa di sini hari ini.

Kadar tambang baharu itu, menurut Wan Rosdy hanya membabitkan laluan masuk ke Pulau Tioman menggunakan Jeti Teluk Gading (dahulunya Tanjung Gemok), manakala harga tambang bagi penumpang dewasa bukan penduduk Pulau Tioman dan pelancong kekal RM60 sehala.

Selain itu, beliau turut memaklumkan kerajaan meluluskan pembinaan klinik dengan kemudahan wad bersalin, khidmat pergigian dan doktor pakar di pulau itu bagi memudahkan penduduknya mendapatkan rawatan.

“Ini bakal memudahkan (urusan) penduduk Pulau Tioman terutamanya ibu yang bakal bersalin tidak perlu pergi ke tanah besar, ia satu kemudahan dan perkara ini mudah diperoleh kerana kerajaan Pusat dan negeri adalah selari,” katanya. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This