Hanya Pas serius hapuskan judi hingga diakui DAP, kata Ahmad Fadhli

Dari Penulis

HANYA Pas yang serius menghapuskan judi di negara ini seperti mana yang berlaku di tiga negeri yang ditadbir parti itu di Kedah, Kelantan dan Terengganu, kata Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurut beliau, kesungguhan Pas itu tidak terhad hanya sekadar menurunkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan malah usaha itu turut diakui ahli Parlimen DAP, Khoo Poay Tiong semasa kempen pilihan raya negeri Melaka.

Beliau menjelaskan, langkah itu juga mungkin diperluaskan ke negeri baharu dikuasai parti tersebut iaitu Perlis.

“Hakikatnya, hanya Pas yang serius hapuskan judi, bukan sekadar turunkan bilangan cabutan.

“Ini berlaku di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Insya-Allah Perlis.

“Ini fakta yang diakui sendiri oleh MP DAP dalam kempen (pilihan raya negeri) di Melaka, takkanlah MP DAP nak bohong pulak ya,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, semasa cabutan judi dinaikkan ke 22 kali setahun, setiap wakil rakyat Pas yang berbahas di dalam Parlimen menentang langkah berkenaan.

Tegasnya, beliau sendiri tidak terkecuali tampil bersuara pada setiap kali sidang dewan.

“Tapi apakan daya, Menteri Kewangan pada masa itu tidak memberikan apa-apa respon. Kenapa ia berlaku demikian? Kena tanyalah Menteri Kewangan yang kini sudah menjadi menteri kerajaan campuran PH-BN,” tambahnya.

Kenyataan beliau dipercayai merujuk keputusan kerajaan membatalkan keputusan kerajaan sebelum ini yang meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada lapan kepada 22 kali setahun.

Mulai 1 Januari depan, cabutan khas berkenaan akan kembali kepada lapan kali.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This