KETIDAKHADIRAN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada mesyuarat khas Kabinet pagi tadi bukan disebabkan beliau berada di Qatar untuk menonton Piala Dunia.
Sebaliknya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dilaporkan sedang menghadiri misi perdagangan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut laporan BH Online yang memetik sumber, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung misi tersebut, esok.
“Beliau tidak berada di Qatar seperti didakwa, bukan untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. Beliau ke Abu Dhabi atas urusan rasmi,” katanya.
Terdahulu, ketiadaan Tengku Zafrul pada mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tular dalam media sosial.
Baca artikel berkaitan: Jemaah Menteri setuju potong 20 peratus gaji – PM
Perkara tersebut kerana terdapat khabar angin bahawa Tengku Zafrul berada di Qatar untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra, tiga hari selepas senarai anggota Jemaah Menteri diumumkan Jumaat lalu.
Barisan Kabinet dianggotai 28 menteri termasuk dua timbalan perdana menteri, selain Anwar sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.
Mesyuarat pertama yang dihadiri Jemaah Menteri kecuali Tengku Zafrul itu bermula jam 10 pagi.
Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

