Polis siasat akaun TikTok @goodmorninglim muat naik video berbaur fitnah

Dari Penulis

POLIS kini membuka kertas siasatan berhubung sebuah klip video tular berbaur fitnah terhadap penjawat awam yang bertugas melakukan operasi penguatkuasaan lalu lintas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesan klip video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @goodmorninglim pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau berkata, video tersebut turut disertakan dengan kapsyen menyindir “Look got people here cari makan” berserta emoji muka ketawa dan karung wang.

Baca artikel : Polis didenda 500 baht selepas halang laluan ambulans

“Perbuatan tersebut mendorong masyarakat memandang serong terhadap tugas polis dan menjatuhkan imej polis ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan fitnah dan penyalahgunaan media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This