MOHD RAFIZI RAMLI./Gambar Bernama

PROSES bagi melantik timbalan menteri dalam barisan Kabinet sudah bermula dengan gabungan parti politik diminta mengemukakan nama calon sesuai.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, proses itu mungkin mengambil masa antara satu hingga dua minggu lagi.

Malah, beliau juga mengesahkan perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat khas Kabinet semalam.

“Proses itu akan berjalan minggu ini dan sama seperti kita gunakan untuk membentuk Kabinet iaitu peraturan tertentu, dari segi jumlah timbalan menteri daripada gabungan tertentu akan bergantung kepada jumlah sumbangan Ahli Parlimen masing-masing.

“Perdana Menteri menentukan portfolio yang dirasakan sesuai dan terpulang kepada gabungan untuk mencalonkan nama.

“Berdasarkan nama itu kelak, Perdana Menteri akan melihat kesesuaian, kepakaran dan pengalaman sebelum dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong… mungkin akan ambil satu, dua minggu.. tetapi prosesnya sudah bermula,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Perjanjian antara gabungan mampu bentuk Kerajaan Perpaduan stabil

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Nor Azmie Diron.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram