Kemahiran dan ketangkasan Mohd Azlan dipuji peserta menembak IPSC

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENGALAMAN selama 16 tahun dalam sukan menembak banyak membantu atlet negara, Mohd Azlan Md Salleh dalam kejohanan IPSC Handgun World Shoot 2022 di Pattaya, Thailand, baru-baru ini.

Berkongsi cerita dengan UtusanTv, Mohd Azlan, 36, berkata, ini merupakan kejohanan peringkat dunia pertama yang beliau sertai sejak sekian lama berkecimpung dalam sukan menembak.

Katanya, meskipun agak gugup bila memikirkan perlu bersaing dengan penembak-penembak berkelas dunia namun beliau kekal tenang dengan memberikan yang terbaik untuk negara dan diri sendiri.

Beliau yang terlibat dalam kategori Standard Division berjaya menduduki tempat ke-66 secara keseluruhannya, iaitu suatu prestasi yang sangat dibanggakan.

“Sebenarnya dalam kejohanan ini saya tetapkan sasaran 50 terbaik. Semasa pre-match saya nombor lapan secara individu, kalau overall man match saya nombor ke-66 keseluruhan daripada 234 penembak.

“Saya sudah 16 tahun menembak, kalau di peringkat Asia world class shooter ini ada turun juga, saya sudah fokus dalam kepala untuk diri saya sendiri, abaikan dunia luar,” katanya hari ini.

Baca artikel lain: 16 atlet negara pulang bersama pengalaman berharga di IPSC Handgun World Shoot 2022

IPSC Handgun World Shoot 2022 melabuhkan tirai pada 3 Disember lalu dengan disertai seramai 1,653 atlet dari 75 buah negara.

Malaysia menghantar 16 orang atlet pada kejohanan yang berlangsung di Nong Nooch Pattaya International Convention & Exhibition Center, Thailand itu.

Penembak Malaysia mengambil bahagian dalam empat kategori iaitu Production Division, Production Optic Division, Standard Division dan Open Division.

Mohd Azlan menambah, sepanjang berada di kejohanan tiga tahun sekali itu, beliau dan beberapa atlet Malaysia menerima pujian dalam kalangan penembak luar negara yang kagum dengan kemahiran mereka.

Ujar juara kebangsaan sebanyak enam kali itu, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana atlet negara sememangnya terlatih dan berkemahiran tinggi cuma membezakan dengan penembak lain adalah peralatan digunakan.

“Saya bangga semasa saya tembak dengan squad saya 101, saya menembak (bersama) dengan (penembak) Serbia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Australia. Semasa saya tembak saya tak sangka dapat tepukan.

“Mereka kata saya ini a very good shooter daripada negara luar, jadi daripada tembakan saya itu mereka (atlet luar) tanya saya ada game di Malaysia ke, mereka nak datang Malaysia.

“Mereka ingat kita ini dari Malaysia macam shooter biasa, (sebab) ada setengah negara tak tahu yang Malaysia ini ada shooter, kalau Asia memang mereka tahu,” katanya lagi.

Beliau merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di KD Jebat kini mahu menumpukan perhatian kepada pembangunan bakat baharu.

Tegas beliau, negara memiliki ramai bakat muda berpotensi yang jika digilap mampu membawa hasil yang baik untuk sukan menembak.

“Sasaran saya selepas ini saya nak tumpu kepada saya punya pelapis-pelapis, untuk mengajar, dengan pengalaman yang saya ada ini untuk pelapis-pelapis saya,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This