Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertekad untuk bangkit dan kekal di Sabah meskipun pemimpinnya meninggalkan parti.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, BERSATU akan segera membentuk semula struktur parti yang runtuh di negeri itu.
“Pengurusan parti akan segera membentuk struktur yang runtuh di pelbagai peringkat untuk tujuan kembali memperkasakan parti.
“Kita amat yakin dengan penerimaan dan sokongan rakyat kepada BERSATU di seluruh negara termasuk di Sabah. BERSATU akan kekal di Sabah dan akan bangkit daripada situasi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu menyusul selepas pemimpin tertinggi BERSATU Sabah diketuai Datuk Hajiji Noor, hari ini mengumumkan keluar parti.
Ia selepas mereka menyertai Kerajaan Perpaduan menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan (WARISAN).
Hajiji yang juga Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah dalam satu kenyataan pagi ini berkata, keputusan dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.
Beliau berkata, kerajaan negeri ditunjangi GRS – Barisan Nasional (BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

