NAIB Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) negeri itu.
Pengerusi PN dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ronald bertanggungjawab untuk menyelia dan menguruskan BERSATU dan PN Negeri Sabah sehingga penyusunan semula kepimpinan negeri tersebut diputuskan oleh Majis Perwakilan Tertinggi (MPT) BERSATU dan Majlis Tertinggi (MT) PN.
Pengumuman melalui kenyataan akhbar itu dibuat selepas bekas Pengerusi BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan pengikutnya mengumumkan keluar parti tersebut semalam dan Muhyiddin berkata, BERSATU Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun tanpa Hajiji dan pengikutnya.
“Saya kecewa dengan sikap mantan kepimpinan BERSATU Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti yang telah meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi selepas Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.
“Lebih-lebih lagi kemenangan mereka dalam PRN yang lalu adalah atas logo PN. Saya percaya ahli-ahli BERSATU di negeri Sabah yang setia dengan perjuangan parti akan terus kekal berada di dalam BERSATU yang merupakan parti komponen PN di peringkat Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata, mengenai kedudukan empat Ahli Parlimen BERSATU yang bertanding menggunakan logo GRS dalam PRU-15, kedudukan mereka akan ditentukan berdasarkan undang-undang anti lompat parti di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

