Lelaki bogel ronda naik motosikal kes lama, kata polis

Dari Penulis

KECOH sejak semalam selepas gelagat seorang lelaki berbogel menunggang motosikal tular di laman media sosial.

Video berdurasi 20 saat itu dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mark Mah.

Hasil carian UtusanTV individu sama sebelum ini pernah memuat naik video lelaki yang sama berlaku pada 14 Oktober lalu.

Kejadian itu dikesan berlaku di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin berhampiran Taman Semabok Perdana.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit yang dihubungi UtusanTV hari ini mengesahkan video tersebut merupakan rakaman lama.

“Ia merupakan kes lama, tiada sebarang laporan diterima,” katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa risau dan khuatir.

Malah ada yang mengatakan lelaki tersebut berkemungkinan ada kesihatan mental.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi hadir rasmikan Konvensyen RESET esok

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bakal hadir bagi merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan diadakan di Tanah...

More Articles Like This