Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan diaktifkan semula

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) bakal mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam sidang media, hari ini.

Menurut Fadhlina, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan itu diharap dapat menyumbang idea dan pandangan terhadap pendidikan negara.

Fadhlina memberitahu, beliau juga akan mengambil pendekatan konsultasi atau musyawarah dengan rakan strategik serta semua pihak berkepentingan.

Pada masa sama, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, beliau akan memastikan keseluruhan ekosistem pendidikan dilaksanakan mengikut proses yang ditetapkan dan berlandaskan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan berkaitan.

“Saya akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

“Dengan adanya majlis ini, kita harap ia akan menyumbang pandangan, kerangka dan idea yang boleh membawa KPM dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.

“Majlis ini akan bertanggungjawab untuk memikirkan kesinambungan Pelan Pendidikan Malaysia yang akan berakhir pada 2025,” katanya dalam sidang media tersebut.

Baca artikel berkaitan: Pengaruh Anwar mampu pujuk bukan Melayu laksana sistem pendidikan satu aliran – MPM

Sementara itu, Fadhlina turut memberi jaminan bahawa kementerian tersebut akan meneruskan dasar-dasar sedia ada dan menambah baik proses penyampaian bagi menjamin kecekapan dan keberkesanannya.

Beliau berkata, setiap perkara yang hendak diputuskan perlu diteliti dan dikaji secara berhemah dengan budaya berkenaan akan terus dibawa KPM.

“Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara, negara sejahtera dan ini akan menjadi keutamaan KPM.

“KPM juga akan bekerjasama dengan semua pihak seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP); Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM); Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM); Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) serta pihak berkepentingan lain untuk mendapatkan pandangan serta input bagi memastikan hasrat ini tercapai,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This