Kerajaan tamatkan khidmat penjawat lantikan politik

Dari Penulis

JEMAAH Menteri didakwa memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan serta-merta.

Sumber kepada Berita Harian memberitahu, ia membabitkan jawatan di badan berkanun Persekutuan, syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

Difahamkan perkara itu diputuskan dalam dokumen yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ditujukan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.

Surat berkenaan turut meminta kerjasama semua Ketua-ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk melaksanakan perkara itu.

Baca artikel lain: Semua parti sokong Anwar tandatangani perjanjian esok

Ini bukan kali pertama pertukaran pentadbiran Persekutuan mengambil tindakan berkenaan apabila pemegang jawatan lantikan politik ditamatkan ketika kerajaan PH mentadbir pada 2018.

Menurut sumber itu, keputusan penamatan jawatan lantikan politik dibuat selepas perbincangan panjang lebar dan ada menteri yang mengakui ada sebahagian lantikan berkenaan yang cekap laksanakan tugas.

Justeru, isu yang hendak diambil perhatian ialah bagaimana menentukan mereka yang cekap dan yang tidak berfungsi.

“Akhirnya keputusan dibuat secara menyeluruh iaitu ditamatkan semua khidmat lantikan politik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This