“SAYA berharap dan berdoa supaya anak saya dah diselamatkan serta berada di hospital.”
Itu doa seorang ibu, Tan Ah Choe masih menyimpan harapan bahawa anaknya, Hong Mei Jing yang merupakan salah seorang mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dapat diselamatkan.
Mengakui masih belum menerima apa-apa maklumat berkaitan keberadaan anaknya, Ah Choe, 66, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu daripada seorang rakan.
Namun, Ah Choe berkata, beliau reda sekiranya anaknya masih berada di tapak perkhemahan berkenaan.
Katanya, anaknya ada memberitahu pergi berkhemah tetapi tidak memaklumkan mengenai lokasi sebenar tapak perkhemahan.
Ah Choe memberitahu, dia datang ke Balai Polis Ulu Yam Bharu dari Jinjang bersama seorang lagi anaknya selepas menelefon polis berhubung kejadian itu.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh: Tapak perkhemahan tiada lesen, beroperasi sejak 2020
“Polis hanya meminta saya untuk tunggu di sini. Saya tahu mengenai kejadian ini daripada kawan yang memaklumkan mengenai kejadian tanah runtuh di Batang Kali.
“Setakat ini masih belum ada apa-apa maklumat lanjut. Saya terus ke sini, tidak mencari anak saya di hospital atau mana-mana tempat lain,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Ulu Yam Bharu, hari ini.
Difahamkan, Mei Jing merupakan salah seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong yang berada di tapak perkhemahan berkenaan.
Kesemua 20 guru dan ahli keluarga mereka berkhemah di kawasan berkenaan sempena cuti persekolahan hujung tahun sejak Rabu lalu dan sepatutnya pulang ke kediaman masing-masing pagi ini.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong, setakat ini dia menerima maklumat beberapa guru berjaya diselamatkan pihak berkuasa dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

