Tanah runtuh: Tapak perkhemahan tiada lesen, beroperasi sejak 2020

Dari Penulis

TIGA tapak perkhemahan kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm yang mengakibatkan 16 terkorban setakat ini dilaporkan tidak mempunyai lesen dan beroperasi secara haram.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan, tiga tapak perkhemahan di Batang Kali itu telah dikenal pasti beroperasi secara haram sejak 2020.

Sebaliknya, Kor Ming memberitahu, tiga tapak perkhemahan itu hanya memiliki kebenaran merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada tahun 2019.

Menurut beliau, pengusaha tapak berkenaan didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Jalan Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM50,000.

“Kerajaan akan ambil tindakan tegas (ke atas pengusaha). Kedaulatan undang-undang adalah Rukun Negara kita, tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Father’s Organic Farm: 17 lagi mangsa belum ditemukan

“Malah, tindakan ini bukan hanya tertakluk kepada pengusaha tapak ini, sebaliknya akan diperluas ke seluruh negara. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengeluarkan kompaun manakala Pejabat Peguam Negara (AGC) akan membuat pertuduhan di mahkamah.

“(Semua pengusaha tapak perkhemahan tidak berlesen diminta) hentikan operasi masing-masing, segera mohon lesen sebelum tindakan diambil,” katanya seperti dilapor BH Online.

Terdahulu, seramai 17 lagi mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi itu masih belum dapat dikesan.

Unit Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerusi hantaran di Facebook memberitahu, seramai 61 individu ditemukan selamat dengan hanya seorang daripadanya mengalmi kecederaan.

“16 mangsa disahkan meninggal dunia merangkumi tiga lelaki dewasa; 10 wanita dewasa dan tiga kanak-kanak.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This