BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga dan waris mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, awal pagi tadi.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berharap keluarga mangsa terus tabah dengan ujian yang menimpa.
Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut berharap keluarga dapat bersabar menghadapi saat yang mendukacitakan itu.
“Saya juga mendoakan kesembuhan segera kepada semua mangsa yang terselamat dan sedang menjalani rawatan di hospital.
“Marilah sama-sama kita berdoa agar semua mangsa yang masih hilang dapat ditemui segera dan berada dalam keadaan selamat.
Baca artikel berkaitan: “Saya berdoa anak saya diselamatkan dan sudah di hospital” – Ibu mangsa tanah runtuh
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat khususnya pasukan keselamatan, agensi penyelamat dan pasukan perubatan yang bekerja keras sehingga ke saat ini bagi mencari dan menyelamatkan mangsa,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Setakat pukul 1 tengah hari tadi, insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu telah meragut nyawa seramai 16 mangsa.
Daripada jumlah 16 mangsa itu, tiga merupakan lelaki dewasa; 10 wanita dewasa dan tiga kanak-kanak.
Seramai 61 individu lain ditemukan selamat dengan hanya seorang daripadanya mengalami kecederaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memaklumkan 17 lagi mangsa kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan itu masih belum dapat dikesan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

