SERAMAI lapan individu telah disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, awal pagi tadi.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, setakat 9.15 pagi tadi, seramai 92 orang mangsa telah ditemui.
NADMA memberitahu, hasil siasatan mendapati 53 mangsa telah ditemukan selamat manakala tujuh lagi cedera.
Menurut NADMA, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih lagi diteruskan.
“Pagi ini, satu kejadian tanah runtuh telah dilaporkan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Kuala Selangor.
“Kejadian tanah runtuh tersebut berlaku setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan satu ekar.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Father’s Organic Farm: PM arah SAR rapi, sistematik
“Pelbagai agensi telah berada di lokasi termasuk bantuan daripada bomba, PDRM, PASPA IPPA, PDPA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PDPA Gombak.
“Setakat jam 9.15 pagi, seramai 92 orang mangsa telah ditemui. Hasil siasatan mendapati 53 mangsa yang ditemui selamat, 7 mangsa cedera dan 8 mangsa disahkan meninggal dunia. Sehingga kini operasi SAR masih diteruskan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam hantaran di Facebook memaklumkan proses SAR sedang dilaksanakan dengan giat.
Kata beliau, anggota dan aset bomba; pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi sedang dikerah ke tempat kejadian untuk membantu proses menyelamat.
“Mangsa yang ditemui sedang diberi rawatan dan perhatian oleh para petugas.
“Marilah kita sama-sama berdoa agar para petugas dan mangsa yang masih terperangkap diselamatkan dan dipelihara daripada sebarang musibah,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

