SERAMAI 17 lagi mangsa kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, awal pagi tadi masih belum dapat dikesan.
Perkara tersebut dimaklumkan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.
Menurut hantar tersebut, jumlah 17 mangsa yang belum dijumpai itu setakat pukul 1.40 petang tadi.
JBPM memaklumkan, seramai 61 individu ditemukan selamat dengan hanya seorang daripadanya mengalami kecederaan.
“16 mangsa disahkan meninggal dunia merangkumi tiga lelaki dewasa; 10 wanita dewasa dan tiga kanak-kanak.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Father’s Organic Farm: JKM sedia kaunselor tenangkan mangsa
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Terdahulu, seramai 51 dewasa dan 30 kanak-kanak dilaporkan mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm yang dilanda tanah runtuh itu, kata individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Chang.
“Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Bagaimanapun Chang berkata beliau tidak pasti sama ada terdapat kanak-kanak berusia bawah empat tahun di tapak perkhemahan kerana mereka tidak perlu mendaftar, dan hanya kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun perlu mendaftar.
Chang berkata mereka yang berkhemah kebanyakannya mempunyai pertalian keluarga dan tidak melibatkan kumpulan pelajar sekolah atau universiti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

