Tanah runtuh Father’s Organic Farm: Beberapa menteri, PM, TPM akan ke lokasi kejadian

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEBERAPA menteri telah dikerahkan untuk turun ke lokasi insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting Batang Kali, awal pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam Majlis Amanat Menteri Komunikasi dan Digital, hari ini.

Menurut Fahmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri juga dijangka turun ke lokasi kejadian tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menyeru semua pihak supaya berkongsi berita yang benar dan sahih mengenai kejadian tersebut.

“Sekitar pukul 2 pagi tadi berlaku insiden tanah runtuh yang amat menyedihkan.

“Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan, ada yang telah dikesan dan diselamatkan. Ada yang sedang dalam proses diselamatkan.

“Saya mulakan dengan nota yang sedikit sedih ini sebab sebelum masuk ke dewan tadi, saya sempat bercakap dengan Perdana Menteri.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh tapak perkhemahan: Dua disahkan maut, 51 belum ditemui

“Beliau telah mengerahkan beberapa menteri untuk turun ke lokasi kejadian. Timbalan Perdana Menteri akan susuli, Insya-Allah, Perdana Menteri akan ke lokasi malam ini,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Terdahulu, dua disahkan maut manakala 51 lagi masih belum ditemui dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting Batang Kali, awal pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan Facebook Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berdasarkan kemas kini setakat pukul 7 pagi tadi.

Menurut hantaran tersebut, seramai 79 mangsa berada di tapak perkhemahan berkenaan ketika kejadian runtuhan berlaku.

Pada masa sama, Korporat JBPM memberitahu, 23 individu berada dalam keadaan selamat manakala tiga lagi cedera.

“Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan SMART,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This