Tanah runtuh tapak perkhemahan: Dua disahkan maut, 51 belum ditemui

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUA individu disahkan maut manakala 51 lagi masih belum ditemui dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting Batang Kali, awal pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan Facebook Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berdasarkan kemas kini setakat pukul 7 pagi tadi.

Menurut hantaran tersebut, seramai 79 mangsa berada di tapak perkhemahan berkenaan ketika kejadian runtuhan berlaku.

Pada masa sama, Korporat JBPM memberitahu, 23 individu berada dalam keadaan selamat manakala tiga lagi cedera.

“Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan SMART,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh: 37 individu diselamatkan di tapak perkhemahan dekat Genting Highlands

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis memaklumkan, bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu telah menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This