KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menawarkan bantuan sukarelawan dan makanan kepada pasukan penyelamat yang terlibat dalam mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali awal pagi tadi.
“Bantuan diberikan serta-merta bagi membantu kelancaran operasi pasukan penyelamat mencari dan menyelamat mangsa yang masih belum ditemui,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas merasmikan Ops Terjah KPDN hari ini.
Baca artikel berkaitan: Korban tanah runtuh Father’s Organic Farm cecah 13 orang – Zaliha
Maklumat awal pihak polis menyebut terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.
Berdasarkan laporan sehingga 11 pagi, 60 orang dilaporkan selamat manakala sembilan mangsa terkorban dalam insiden itu.
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat.
“Kita berdoa semoga pasukan penyelamat akan dapat menjalankan tugas mereka dan mudah-mudahan mereka yang terperangkap akan dapat diselamatkan,” kata Salahuddin.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

