Korban tanah runtuh Father’s Organic Farm cecah 13 orang – Zaliha

Dari Penulis

SERAMAI 13 mangsa telah disahkan meninggal dunia setakat ini dalam kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, awal pagi tadi.

Jumlah terbaharu mangsa terkorban itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media sebentar tadi.

Memetik laporan BH Online, Zaliha memberitahu sebahagian mayat mangsa yang terkorban telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, kata beliau, ada mayat yang masih berada di lokasi kejadian.

“Kita akan berkoordinasi dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) khususnya kerana HKL ada kapasiti yang lebih besar,” katanya dalam sidang media di Hospital Selayang.

Menguals lanjut, Dr Zaliha turut memaklumkan, tujuh mangsa yang cedera ditempatkan di hospital iaitu tiga di Hospital Selayang; tiga di Hospital Kuala Kubu Baru dan seorang di HKL.

Menurut Dr Zaliha, ada beberapa mangsa yang ditempatkan dalam kategori zon hijau, namun ada juga yang berada dalam kategori zon kuning dan merah.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Father’s Organic Farm: Pahang hantar pasukan penyelamat, sukarelawan

“Bagi mangsa zon merah, kita terus hantar ke Hospital Selayang. Tiga kes di sini memerlukan pemerhatian, termasuk seorang wanita hamil, yang setakat ini dalam keadaan stabil.

“Seorang pesakit mengalami kecederaan di bahagian muka dan seorang lagi, kita bimbang mengalami kecederaan abdomen.

“Selain itu, satu kes dihantar ke HKL kerana disyaki mengalami kecederaan tulang belakang,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis memaklumkan, bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian tanah runtuh iaitu di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm kira-kira 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu telah menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This