IDENTITI enam daripada 23 mangsa yang meninggal dunia dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali telah dikenal pasti.
Perkara tersebut dimaklumkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan, hari ini.
Menurut NADMA, enam mangsa yang meninggal dunia itu telah dikenal pasti sehingga pukul 7 pagi tadi.
NADMA memberitahu, proses bedah siasat dan pengecaman mayat yang lain masih dijalankan.
Dalam kenyataan berkenaan, agensi itu memberitahu lima daripada mangsa yang meninggal dunia adalah wanita, manakala seorang lagi merupakan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.
“Enam daripada 23 mangsa yang meninggal dunia telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Dua lagi mayat ditemukan, 10 belum dijumpai
Sementara itu, NADMA memaklumkan, seramai lapan mangsa menerima rawatan di tiga hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Baru dan Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, daripada lapan mangsa yang menerima rawatan itu, tiga mangsa ditempatkan di Hospital Kuala Kubu Bharu telah dibenarkan pulang semalam.
“Seramai lima lagi mangsa iaitu empat di Hospital Selayang melibatkan dua lelaki dan dua wanita manakala seorang lagi mangsa wanita ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur,” jelasnya.
Terdahulu, dua lagi mayat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali ditemukan pada pukul 1.02 tengah hari tadi.
Situasi itu menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat insiden tanah runtuh itu meningkat kepada 23 orang.
Pada masa sama, 10 lagi mangsa belum dijumpai dalam timbunan tanah runtuh tersebut.
Difahamkan, dua mayat mangsa yang ditemukan itu adalah seorang wanita dewasa dan seorang lagi kanak-kanak lelaki.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

