PENGURUS tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali akan dipanggil bagi memberi keterangan ekoran insiden tanah runtuh yang sehingga kini mengakibatkan 23 orang terkorban.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam sidang media.
Menurut Suffian, pihaknya akan melaksanakan tindakan susulan selepas keterangan diambil.
“Kita akan panggil pengurus tapak dan mengambil tindakan susulan. Itu dalam tindakan kita,” katanya.
Terdahulu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu menemukan dua lagi mayat mangsa pada pukul 1.02 tengah hari tadi.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Dua lagi mayat ditemukan, 10 belum dijumpai
Situasi itu menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat insiden tanah runtuh itu meningkat kepada 23 orang.
Pada masa sama, 10 lagi mangsa belum dijumpai dalam timbunan tanah runtuh tersebut.
Semalam, negara dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali yang melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.
Insiden yang berlaku sekitar pukul 2.42 pagi itu dipercayai melibatkan 94 mangsa.
Operasi SAR yang ditangguhkan akibat hujan malam tadi telah disambung semula pada pukul 8 pagi tadi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

