Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR bersambung pagi ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seramai 12 lagi mangsa yang belum ditemui dalam tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali bersambung semula pagi ini.

Proses SAR yang ditangguhkan malam tadi itu bersambung kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Operasi berkenaan disambung dengan petugas daripada pelbagai agensi diberi taklimat sebelum memulakan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Tragedi tanah runtuh di Batang Kali itu setakat ini meragut nyawa 21 orang dengan 12 lagi mangsa dikhuatiri masih hilang.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh: Angka korban meningkat 21 orang, 12 masih hilang

Malam tadi, media melaporkan operasi berkenaan terpaksa ditangguhkan ke pagi ini atas faktor cuaca hujan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, operasi tersebut akan disambung semula pukul 8 pagi ini.

Awal pagi semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis memaklumkan, bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu telah menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri. Perdana...

More Articles Like This