Tanah runtuh: Angka korban meningkat 21 orang, 12 masih hilang

Dari Penulis

TRAGEDI tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor, awal pagi ini meragut nyawa 21 orang mangsa manakala tujuh yang lain cedera setakat ini.

Bahagian Operasi HQ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata, setakat pukul 7 malam, 12 mangsa dikhuatiri masih hilang.

Menurutnya, seramai 54 mangsa ditemui selamat dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Sehingga pukul 7 malam, seramai 54 orang mangsa selamat, 21 orang mangsa meninggal dunia dan 12 orang mangsa dikhuatiri masih hilang.

“Mereka yang meninggal dunia terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, 12 wanita dewasa serta empat lelaki dewasa.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tertimbus tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran Father’s Organic Farm di Goh Tong Jaya, di Hulu Selangor akan diteruskan selama 24 jam dengan tumpuan diberikan kepada sektor B dan C.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, misi itu bagaimanapun akan dihentikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This