SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dengan tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, semalam.
Dalam perutusan takziah di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa dukacita apabila diberitahu mengenai tragedi tersebut yang telah meragut banyak nyawa.
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat.
“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan berdukacita apabila diberitahu mengenai tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan dekat Hulu Selangor awal pagi tadi (semalam) yang telah meragut banyak nyawa.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR bersambung pagi ini
“Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan simpati serta berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat,” menurut perutusan tersebut.
Difahamkan, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dijangka berangkat ke lokasi kejadian hari ini.
Semalam, negara dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali yang melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.
Insiden yang berlaku sekitar pukul 2.42 pagi itu telah mengakibatkan 21 orang terkorban manakala 12 lagi dikhuatiri masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 lagi mangsa yang hilang itu disambung semula pada pukul 8 pagi tadi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

