Tiga warga Singapura terlibat tanah runtuh Batang Kali selamat – Wisma Putra

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIGA warga Singapura yang menjadi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali ditemukan selamat.

Perkara tersebut dimaklumkan Wisma Putra dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Wisma Putra, tiga warga Singapura tersebut ditemukan selamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pihak berkuasa Malaysia.

Kementerian Luar memaklumkan kerajaan Malaysia bertindak pantas dalam memastikan semua yang terjejas akibat tragedi itu diberi bantuan segera.

Pada masa sama, Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam insiden tersebut.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR bersambung pagi ini

Semalam, negara dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali yang melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Insiden yang berlaku sekitar pukul 2.42 pagi itu telah mengakibatkan 21 orang terkorban manakala 12 lagi dikhuatiri masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 lagi mangsa yang hilang itu disambung semula pada pukul 8 pagi tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This